Tanggungjawab dan Hak Ahli Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia

  1. Setiap ahli BERSATU mempunyai tanggungjawab seperti berikutĀ :
    1. Mendukung matlamat dan tujuan parti serta melaksanakan dasar-dasar parti.
    2. Mendaftar diri sebagai pengundi secara serta merta setelah mencapai umur layak mengundi dan mengundi dalam setiap pilihanraya.
    3. Menyokong dan mengundi calon-calon BERSATU yang bertanding dalam pilihanraya atau mana-mana calon parti lain yang disokong oleh parti.
    4. Menjalankan kerja-kerja parti dan mengambil bahagian dalam mesyuarat dan aktiviti-aktiviti parti.
    5. Mematuhi perlembagaan, peraturan dan tataetika disiplin parti.
  2. Setiap Ahli Biasa mempunyai hak-hak yang berikutĀ :
    1. Bersuara dan mengemukakan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat parti.
    2. Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti menurut peruntukan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya yang digubal dari masa ke semasa.
    3. Membela diri terhadap sebarang pertuduhan pelanggaran disiplin parti mengikut proses dan tatacara disiplin menurut Fasal 23 Perlembagaan PPBM serta berlandaskan prinsip keadilan asasi dan kedaulatan undang-undang.
    4. Ahli-ahli Biasa yang sedang dalam proses menghadapi tindakan disiplin tidaklah secara automatik hilang hak keahliannya.
  3. Setiap Ahli Bersekutu mempunyai hak-hak berikutĀ :
    1. Bersuara dan mengemukakan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat parti.
    2. Membela diri terhadap sebarang pertuduhan pelanggaran disiplin parti mengikut proses dan tatacara disiplin menurut Fasal 23 Perlembagaan PPBM serta berlandaskan prinsip keadilan asasi dan kedaulatan undang-undang.
    3. Ahli-ahli Bersekutu yang sedang dalam proses menghadapi tindakan disiplin tidaklah secara automatik hilang hak keahliannya.

Rujukan

WikiPedia: Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/ros-akan-... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.bharian.com.my/node/181438 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/politik/muhyiddin-mu... http://www.themalaysiantimes.com.my/ros-ppbm-dibub... http://www.pribumibersatu.org.my https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/ https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/vi...